Anda sedang mencari ubat sakit jantung?
Tahukah anda untuk masalah sakit jantung sebenarnya
mempunyai berbagai pilihan?Anda boleh memilih cara yang sesuai mengikut pilihan
anda sendiri.Tapi sebelum kita membuat pilihan pastikan kita memahami seba
sedikit tentang sakit jantung tersebut.
Serangan sakit jantung ataupun dalam istilah perubatannya
‘Acute Coronary Syndrome’ merupakan salah satu penyakit utama yang menyebabkan
kematian di Malaysia. Ia selalu dikaitkan dengan kematian yang berlaku secara
tiba-tiba.....
1. Pengenalan
Serangan sakit jantung dipanggil sebagai ‘Acute Coronary
Syndrome’ dalam istilah perubatan. Perlu diketahui bahawa serangan sakit
jantung adalah satu istilah yang umum untuk mengambarkan sakit pada bahagian
dada disebabkan masalah jantung.
Akan tetapi dalam perubatan ia dinamakan sebagai ‘acute
coronary syndrome’ kerana masalah ini boleh dibahagikan kepada 3 bahagian
iaitu;
ST-Elevation Myocardial Infarction(STEMI)
Non ST-Elevation myocardial infarction(NSTEMI)
Unstable angina
Kita huraikan sedikit istilah ini supaya kita tidak konfius.
Myocardial merujuk kepada myocardium iaitu otot jantung itu
sendiri.
Infarction pula bermaksud kematian sel disebabkan kurangnya
oksigen yang pergi ke kawasan tersebut.
Oleh itu, myocardial infarction merujuk kepada kematian sel
jantung disebabkan kurangnya oksigen
Angina pula bermaksud sakit dibahagian dada disebabkan
kurangnya oksigen pergi ke bahagian otot jantung tersebut.
Unstable angina pula bermaksud sakit dada itu(angina) datang
secara tiba-tiba walaupun pada ketika itu pesakit tengah berehat atau tidak
membuat kerja berat. Berlainan dengan stable angina iaitu sakit dada yang
berlaku hanya pada waktu membuat kerja berat.
Dalam unstable angina, ia tidak menyebabkan kematian sel.
Tetapi ia menyebabkan kesakitan pada bahagian dada disebabkan kekurangan
oksigen pada bahagian jantung yang tertentu
Tetapi dalam STEMI ataupun NSTEMI, ia melibatkan kematian
sel. Sebab itu kita namakan ia sebagai myocardial infarction. Infarction
bermaksud kematian sel.
ST-elevation ataupun Non ST elevation itu adalah bacaan yang
ditemui pada electrocardiogram(ECG) iaitu bacaan arus elektrik pada bahagian
jantung. ST-elevation adalah lebih bahaya daripada non ST-elevation kerana
seluruh ketebalan dinding jantung mengalami kekurangan bekalan oksigen dan ia
boleh menyebabkan kematian sel pada kawasan tersebut.
Ia dibahagikan kepada 3 jenis kerana mempunyai rawatan yang
berbeza terutamanya mereka yang mengalami ST-Elevetation Myocardial
Infarction(STEMI).
Untuk orang awam mungkin kita boleh bahagikan kepada 2 jenis
serangan sakit jantung iaitu:
Serangan sakit jantung yang menyebabkan kematian sel
jantung(Myocardial infarction)
Serangan sakit jantung yang tidak menyebabkan kematian sel
jantung(Unstable angina)
2. Simptom dan Tanda Tanda Sakit Jantung.
Simptom dan tanda yang selalu dialami oleh mereka yang
mengalami serangan sakit jantung adalah:
Rasa sakit dada selalunya pada bahagian kiri
Sakit itu selalunya digambarkan seperti dada yang ditekan
kuat. Akan tetapi ada juga pesakit yang mengambarkan ia seperti rasa terbakar,
sakit seperti dicucuk dan pedih ulu hati
Sakit tersebut boleh merebak ke leher bahagian kiri dan juga
tangan kiri
Berpeluh dengan melampau(Diaphoresis)
Sesak nafas
Rasa berdebar-debar
Pengsan ataupun rasa hendak pengsan
Bagi pesakit yang mempunyai kencing manis, kadang-kadang simptomnya
tidak tipikal seperti sakit jantung biasa. Ada daripada mereka yang hanya
mengadu sesak nafas sahaja tanpa mempunyai rasa sakit di dada. Ada pula yang
hanya berasa pedih ulu hati sahaja dan menyangka ia disebabkan masalah gastrik,
sedangkan dia sedang mengalami serangan sakit jantung pada ketika itu.
Perkara ini tejadi disebabkan kencing manis telah merosakkan
saraf yang membawa maklumat sakit dikawasan tersebut.
3. Punca Sakit Jantung.
Majoriti serangan sakit jantung adalah disebabkan masalah
atherosclerosis iaitu penebalan saluran darah disebabkan terkumpulnya
cholesterol dibahagian tersebut. 90% daripada serangan sakit jantung adalah
berasal daripada thrombus iaitu darah beku.
Thrombus(Darah beku) terhasil apabila atherosclerosis plug
pada saluran darah pecah. Atherosclerosis plug merupakan benjolan pada dinding
saluran darah disebabkan pengumpulan kolesterol padanya. Apabila terdapat
benjolan tersebut, tekanan pada saluran darah tersebut akan meningkat. Ia boleh
diibaratkan seperti empangan. Akan tetapi empangan tersebut lemah, ia akan
pecah dan mendedahkan bahagian lapisan dalam dinding saluran darah.
Apabila atherosclerosis plug tersebut pecah, secara
automatiknya ia mencetuskan mekanisma pembekuan darah. Sama seperti luka.
Pendarahan akan tetap berlaku tetapi ia dihentikan dengan pembekuan darah.
Tetapi dalam serangan sakit jantung, pembekuan darah itu berlaku dalam saluran
darah. Jika ia terlalu besar, ia akan menutup saluran darah dan menyebabkan
kurangnya bekalan darah ke bahagian terlibat.
Jika kurang darah, maka kurang oksigen yang sampai
menyebabkan sel tersebut mati dan inilah yang menyebabkan sakit dibahagian dada
4. Faktor Risiko.
Faktor risiko boleh dibahagikan kepada dua bahagian iaitu
faktor risiko yang boleh diubahsuai dan yang tidak boleh diubah.
Faktor risiko yang tidak boleh diubah
Umur. Semakin meningkat umur, semakin berisiko untuk
menghadapi serangan sakit jantung
Jantina. Lelaki lebih berisiko untuk mengalami serangan
sakit jantung
Sejarah keluarga. Adik-beradik ataupun ibubapa yang
mengalami serangan sakit jantung akan membuatkan anda berisiko untuk mengalami
perkara yang sama
Faktor risiko yang boleh diubah:
Merokok. Mereka yang merokok sangat berisiko untuk mengalami
serangan sakit jantung. Pada beberapa tahun kebelakangan ini, terdapat trend
sakit jantung dikalangan individu yang masih muda disebabkan merokok walaupun
mangsa tidak mempunyai kencing manis ataupun darah tinggi.
Kolesterol yang tinggi
Kencing manis
Tekanan darah tinggi
Kegagalan buah pinggang
Obes
Tekanan perasaan(Stres psikososial)
Amalan cara hidup yang tidak sihat
Type A personality
Bacaan homocysteine yang tinggi
Perlu diketahui bahawa semua perkara diatas membawa kepada
berlakunya masalah atherosclerosis sebelum mengalami serangan sakit jantung.
Kajian yang mampan telah dibuat menunjukkan bahawa
artherosclerosis berlaku disebabkan keradangan(Inflammation) di dalam saluran
darah.
Penyakit kencing manis, obesiti, tekanan perasaan dan suka
merokok mempunyai kaitan yang rapat dengan peningkatan radikal bebas yang
tinggi dalam saluran darah. Radikal bebasiInilah yang menyebabkan keradangan
tersebut.
5. Diagnosa-Diagnosa lain
Terdapat beberapa diagnosa lain yang menunjukkan simptom
yang sama:
Masalah gastrik(Gastritis)
Acute Cholecystitis(Keradangan pundi hempedu)
Acute Pericarditis
Masalah kebimbangan(Anxiety disorder)
Pneumothorax
Jangkitan paru-paru(pneumonia)
Pulmonary embolism
Hipertiroid
6. Penyiasatan
Terdapat beberapa penyiasatan yang dilakukan untuk mengesan
masalah ini.
Electrocardiogram
Apabila seseorang pesakit datang dengan masalah sakit dada,
sesak nafas, sakit ulu hati, dan berdebar-debar, doktor selalunya akan
melakukan satu prosedur untuk mengetahui gelombang elektrik dijantung. Mesin
yang digunakan adalah elecrocardiogram(ECG).
Terdapat beberapa jenis bacaan yang menunjukkan pesakit
mengalami serangan sakit jantung. Oleh itu, penggunaan alat ini sangat membantu
perawat kesihatan dalam menentukan rawatan dan pengesahan diagnosa pesakit
Pengambilan Sampel Darah.
Sampel darah diambil untuk beberapa tujuan seperti untuk
melihat bilangan sel darah dalam badan, kandungan oksigen, fungsi hati dan buah
pinggang dan sebagainya.
Tetapi dalam pesakit yang disyaki mengalami sakit jantung,
sampel darah untuk mengetahui bahawa berlakunya kematian sel myocardium(sel
otot jantung) perlu diambil.
Apabila matinya sel myocardium, ia akan melepaskan beberapa
jenis protein daripada sel tersebut dan protein inilah yang kita akan periksa.
Dua jenis protein yang selalu diperiksa adalah Troponin dan
juga Creatine Kinase MB. Jika bacaannya meningkat bermaksud pesakit telah
mengalami ‘myocardial infarction’. Akan tetapi, jika bacaan bagi kedua-dua
protein itu normal cuma ECG sahaja mempunyai bacaan yang tidak normal, maka
kita akan kata pesakit mengalami ‘unstable angina.
X-Ray.
Jika pesakit disyaki mempunyai masalah lain seperti
pneumothorax, pengimejan seperti x-ray dada perlu dibuat. Pneumothorax adalah
pengumpulan udara dalam ruang diantara paru-paru dan dinding dada
X-ray juga boleh dibuat untuk mengetahui tahap serangan
sakit jantung. Sakit jantung yang teruk akan menyebabkan air masuk ke dalam
kawasan alveolar paru-paru menyebabkan paru-paru kelihatan putih lebih daripada
biasa.
Angiogram.
Angiogram adalah salah satu cara untuk mengesahkan samada
terdapat sumbatan pada saluran darah bahagian jantung. Prosedur tersebut
melibatkan satu wayar yang dimasukkan melalui saluran darah dibahagian pangkal
peha. Wayar itu akan ditolak masuk sehingga ke bahagian jantung dan x-ray akan
digunakan untuk melihat bahagian salur darah mana yang tersumbat.
Setelah mengesahkan berapa banyak salur darah yang
tersumbat, rawatan yang seterusnya akan ditentukan iaitu sama ada cukup dengan
hanya meletak ‘stent’ ataupun memerlukan pembedahan untuk memintas kawasan
saluran darah jantung yang tersumbat(Coronary artery bypass graft)
7. Rawatan.
Rawatan boleh dibahagikan kepada rawatan awal dan rawatan
spesifik di hospital
Rawatan Awal.
Setelah ECG dibuat dan disahkan mengalami serangan sakit
jantung, beberapa rawatan awal akan diberikan supaya keadaan serangan sakit
jantung tersebut tidak menjadi semakin teruk. Ianya adalah:
Pemberikan oksigen melalui tiub oksigen(Nasal prong) ataupun
‘face mask’.
Penggunaan ubat untuk mengelakkan pembekuan darah seperti
aspirin dan juga clopidogrel
Ubat jenis Glyceryl trinitrate iaitu ubat yang selalu
diletakkan dibawah lidah. Ia berfungsi untuk membesarkan lagi diameter salur
darah supaya darah dapat mengalir dengan lebih mudah
Unat tahan sakit seperti morphine. Morphine juga dapat
membuka salur darah dan menyebabkan darah lebih mudah untuk mengalir
Rawatan spesifik
Apabila ECG dibuat, penting untuk perawat kesihatan
membezakan serangan sakit jantung yang mempunyai kenaikan ST(ST-elevation)
ataupun tidak. Ini kerana rawatannya adalah berbeza.
1) Rawatan serangan sakit jantung yang melibatkan
kenaikan-ST(ST elevation Myocardial Infarction)
Serangan jantung jenis ini memerlukan rawatan untuk
mencairkan pembekuan darah yang sudah terbentuk. Ianya boleh dilakukan dengan
dua cara iaitu ‘Percutenous coronary intervention’(PCI) ataupun Fibrinolysis
Rawatan ‘Percutenous Coronary intervention'(PCI) merupakan
rawatan yang paling berkesan untuk merawat serangan sakit jantung jenis ini
kerana ia terbukti mengurangkan komplikasi dan memberi kesembuhan yang lebih
kepada pesakit berbanding rawatan fibrinolysis.
Dalam rawatan PCI, satu wayar dimasukkan daripada salur
darah dibahagian peha. Wayar itu ditolak sehingga sampai ke salur darah bahagian
jantung satu ‘stent’ iaitu objek berbentuk cincin akan diletakkan dikawasan
tersebut. Ia akan dikembangkan dan membuka kawasan yang tersumbat tadi
menyebabkan darah dapat bergerak seperti biasa.
Untuk rawatan ‘fibrinolysis’ pula ia melibatkan penggunaan
ubat untuk mencairkan darah yang beku tadi. Akan tetapi ia juga mempunyai
komplikasi seperti pendarah pada tempat yang lain seperti dibahagian otak,
tekanan darah menjadi rendah dan beberapa komplikasi yang lain. Pesakit perlu
diperhatikan secara dekat ketika melakukan prosedur ini.
2) Rawatan untuk serangan sakit jantung yang tidak
melibatkan kenaikan ST(Non ST-elevation)
Rawatan untuk serangan sakit jantung jenis ini selalunya
hanya melibatkan penggunaan ubat. Ubat yang selalu diberikan adalah ubat untuk
mengelakkan pembekuan darah seperti ‘low molecular weight heparin’ ataupun
enoxaparin.
Pesakit mungkin akan diberikan temujanji untuk membuat
angiogram selepas itu untuk melihat sumbatan dibahagian jantung.
8. Komplikasi.
Beberapa komplikasi boleh terjadi disebabkan serangan sakit
jantung. Ianya adalah
Ritma jantung yang tidak normal. Selalunya ritma jantung
berada pada julat waktu yang sama. Akan tetapi serangan sakit jantung akan
mengganggu laluan maklumat di dalam jantung menyebabkan rentang jantung
tersebut tidak mengikut ritma yang normal dan berubah-ubah. Perkara ini akan
menyebabkan aliran darah di dalam jantung menjadi tidak normal dan boleh
menyebabkan pembekuan darah didalam jantung. Darah yang beku ini pula boleh
terlepas kebahagian otak dan menyebabkan angin ahmar(stroke).
Dinding tengah jantung yang pecah(ventricular septal
rupture). Ini akan menyebabkan darah daripada sebelah kiri yang membawa oksigen
bercampur dengan darah di sebelah kanan yang membawa darah yang kurang oksigen.
Terdapat beberapa komplikasi yang boleh berlaku disebabkan
serangan sakit jantung seperti left ventricular aneurysm, papillary muscle
rupture dan lain-lain lagi.
Pilihan Untuk Rawatan.
Selain pendekatan secara allopathy iaitu perubatan moden
seperti penggunaan sintetik drugs dan juga pembedahan,anda juga boleh merawat
sakit jantung dengan menggunakan herba “Tasly Danshen Plus” yang terbukti
secara saintifik dan juga lulus proses
klinik study dengan cemerlang.
Rawatan sakit jantung dengan menggunakan “Tasly Danshen
Plus” juga di panggil sebagai “bypass through capsule”.Rawatan sakit jantung
menggunankan herba Tasly Danshen Plus mendapat pengiktirafan dari badan
tertinggi dunia yang memantau perkara berkaitan perubatan iaitu USFDA.
Herba Tasly Danshen Plus juga di gunakan oleh lebih 10 ribu
hospital di luar negara untuk merawat sakit jantung.
Untuk mendapat kan info lanjut atau untuk buat pesanan boleh
klik www.anugerahherbatasly.com
Atau untuk respon segera klik http://anugerahherba.wasap.my
Atau call/whatsapp
>>>0122122769
>>>0122122769
>>>0122122769
VIDEO