Tabiat berjalan secara santai iaitu kira-kira 100 langkah
selepas makan adalah amalan yang menyihatkan. Berbanding merehatkan tubuh anda
dan bersantai di depan TV selepas makan. Menurut pakar, 15 minit ini cukup
untuk meningkatkan kesihatan yang baik buat anda. Ini termasuklah :-
i) Penghadaman yang lebih lancar
ii) Membakar kalori
iii) Berupaya mengimbangi paras gula dalam tubuh anda,
Membantu Proses Pencernaan
------------------------------------
Proses penghadaman bermula sebaik sahaja seseorang itu makan
hidangannya. Jus gaster dan enzim akan
bekerja untuk menghadam makanan yang telah anda makan. Namun melalui langkah
yang anda lakukan selama 15minit, anda secara tak langsung telah membantu
mempercepatkan proses penghadaman ini. Selain itu, hal ini juga membantu
komplikasi sakit perut yang sering berlaku disebabkan masalah ketakcernaan.
Mengalakkan metabolisme
------------------------------------
Walaupun corak pemakanan dan pengambilan kalori adalah kunci
yang mempengaruhi metabolisme tubuh
anda, namun melalui aktiviti ringan ini, ia akan membantu agar proses
metabolisme meningkat serta mempengaruhi fungsi organ-organ lain dibadan.
Tidur lebih lena
---------------------
Tidur selepas makan pastinya tidak baik untuk kesihatan
bukan? . Jadikan tidur anda lebih sihat
selepas berjalan-jalan disekitar rumah anda. Tak perlulah jauh-jauh. Pastinya
anda akan menikmati tidur yang lena selepas itu.
Melancarkan Peredaran Darah
--------------------------------------
Berjalan-jalan selepas makan bukan sahaja membantu
menurunkan paras lemak dalam darah ( trigliserida dan kolestrol). Tetapi juga
meningkatkan kelancaran peredaran darah di kebanyakan bahagian dalam tubuh. Ini
adalah kerana bekalan darah dan oksigen yang sihat akan dibekalkan pada jantung
akan melalui semua bahagian-bahagian organ dalam tubuh.
Mengekalkan Paras Gula Yang Rendah Untuk Tubuh
---------------------------------------
Buat mereka yang mengalami Diabetis melitus Type II, anda
amat digalakkan berjalan selepas makan malam. Selepas dinner, biasanya bacaan
darah akan naik jauh lebih tinggi disebabkan kerosakan komponen makanan.Oleh
itu, amat penting untuk tubuh bergerak aktif selepas makan malam agar lebihan
gula akan digunakan untuk mengawal tahap gula dalam badan.
Membantu Penurunan Berat Badan
---------------------------------------
Satu berita yang amat baik dan berguna bagi mereka yang
sedang diet dan ingin kurus! Proses ini akan membakar kalori anda. Ia bukan
sahaja mudah. Tapi membantu menurunkan berat badan jika dilakukan secara
konsisten dan berterusan.
Selain aktif berjalan dan bersukan anda juga boleh mengamalkan Tasly Danshen Plus untuk melancarkan perjalanan darah anda serta menjadi sihat dan bebas penyakit kronik serta kegemukan.
"KESIHATAN ADALAH KEKAYAAN SEBENAR"
Untuk dapatkan herba Tasly Danshen Plus sila klik
www.anugerahherbatasly.com
Call/Whatsapp
>>0122122769-Pn Anne Tasly
>>0122122769-Pn Anne Tasly
>>0122122769-Pn Anne Tasly
Email: info@anugeraherbatasly.com
No comments:
Post a Comment